Monday, December 28, 2009

sEcAwAn kOpi

assalamualaikum.. berbaloikah kita menuju akhirat sekiranya...:
  • memakai baju kelawar tanpa lengan menyidai baju di halaman rumah yang terbuka.
  • pintu rumah terdedah melihatkan kelibat anda memakai seluar pendek sedang membaca surat khabar.
  • mengeluarkan kepala anda disebalik tirai menyatakan suami tiada ketika tetamu datang.
  • melemparkan kata-kata kesat kepada seekor anjing kerana masuk ke rumah anda yang tidak bertutup daun pintunya.
  • bersalaman dengan yang bukan mahram di dalam sesebuah majlis.
  • bergelak tawa sesama kaum hawa di khalayak awam.
  • memakai tudung tetapi huruf "W" ada di punggung anda.
  • bersolek untuk suami ketika di supermarket..
  • menghalau anak jiran yang sedang bermain dengan anak kita.
  • tidak menjaga batas aurat sesama ipar duai.

Banyak lagi kalau nak dicatatkan di sini. Jelasnya di sini... manusia itu ada bermacam-macam jenis.

Pertama manusia jahil. Mereka langsung tidak tahu apa-apa tentang syariat Allah. Kebiasaannya mereka yang tinggal di hutan rimba, di tempat yang jauh kedengaran syariat Allah.Mereka di ibaratkan seperti orang yang membuat secawan kopi dengan serbuk arang...

Kedua manusia tahu tetapi buat-buat tak tahu. Mereka ini langsung tak suka berkaitan syariat Allah, tetapi suka menafikan. Kebiasaannya mereka yang jenis ini mudah terpengaruh dengan keseronokan dunia serta takutkan mati atau hilang kuasa dan pangkat, juga populariti. Mereka diibaratkan sebagai orang yang sengaja minum secawan kopi yang terdapat seekor cicak yang berenang di dalamnya. Wow! hebat...

Ketiga manusia tahu tetapi terlupa. Mereka tahu tetapi terlupa dan cuai. Kebiasaanya mereka jenis ini adalah pemalas, perlu ditegur dan diberi peringatan dari masa ke semasa. Mereka suka mengambil mudah setiap perkara. Mereka ini diibaratkan sebagai orang yang meletakkan secawan kopi dibawah lampu yang ada penghuninya cicak. bayangkan... mereka tahu ada cicak di bawah lampu... mereka juga tahu cicak boleh berak bila-bila masa tetapi terlupaaa!!!

Nah.. bagaimana yang tinggal di hutan batu, sebelah masjid.. kalau tak pun ada tv, radio dan macam-macam lagi alat pandang dengar yang membantu? kalau ada rancangan yang membantu pun tetapi hati tak terhibur katanya... best kalau ada nyanyi-nyanyi, cerita romantik, ganas, seram dan lain-lain lagi. Seperti si buta yang bertongkat. Mujur pandai guna tongkat untuk meraba-raba. Kalau tak pandai macam mana? Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment