Tuesday, April 27, 2010

StArtiNg FrOM thE ENdiNg

assalamualaikum...
begitu teruja kita melihat papan tanda, kempen-kempen seperti berikut:
- di larang membuang sampah
- di larang mencemarkan sungai
- di larang merokok
- di larang membawa buah durian
- di larang memperdagangkan manusia
dan macam-macam lagi.

alangkah amat terujanya kita KALAU melihat papan tanda, kempen-kempen seperti berikut:
- di larang berasmaradana
- di larang berzina
- di larang mendedahkan aurat
- takutlah azab Allah
- neraka itu hampir kepada orang yang berbuat maksiat
dan macam-macam lagi yang kita fikirkan patut.

mula-mula si gadis buang tudung... si abang dan si gadis buang pula baju... dah sedap si abag buang pula "duit" si gadis seronok dapat "duit"... dah takut buang pula bayi... akhirnya buang maruah, buang ibu dan ayah, buang agama... masya Allah.

cantiknya nabi ajar kita makan... doa " ya Allah berkatilah kami dengan rezeki yang engkau berikan dan jauhkan kami dari azab api neraka.. bab makan pun ingat api neraka.. tidur ingat mati.. masuk tandas ingat ada syaitan jantan dan betina... didikan starting from the ending inilah peneraju iman dan amalan yang sepatutnya kita lakukan.. apa perkara nak buat minta di jauhkan dari gangguan syaitan dan azab neraka... apa pasal ye?.. nak berjimak pun kena ingat ada syaitan pengacau (bahasa kasar) agak-agaknya kalau orang berzina baca doa jimak... nak teruskan ke?

bila makan, minum, tidur, masuk tandas, jimak... semua takutkan Allah yang Maha Perkasa... tak daya jiwa menjadi lalai dan seonok berbuat maksiat... tak usah belanja dirikan tempat penzina... bela bayi zina, contohnya.

alangkah indahnya duit tu digunakan untuk orang jangan berbuat maksiat. Perbanyakkan institusi akidah, kursus pemantapan iman. Yang dah buat salah tu ... hukumlah ikut peraturan tuhan. Allah Maha Adil lagi Maha Bijaksana. tidak pernah hukumannya bersifat zalim... bahkan kitalah telah menzalimi makhluk tuhan.

tiada bimbingan akidah... tiada siapa faham dan menghayati kita adalah makhluk dan hamba. tiada peraturan tuhan yang diperketatkan, bertambahlah masalah yang direka dan menganiaya.

semoga jauh kita dari balanya...


Wednesday, March 10, 2010

ReTaK SeRiBu

assalamualaikum... ishhh !! panass.. jom beli coolent fan... jom beli air cond... tanah pun hampir kering... dah kering pun... moh le siram ngan air... hilang debu.. hilang panas.. mcm tu le keadaannya sejak dua menjak ni. di kedai elektrik... laris alat penyejuk yang ana sebutkan tadi.. sebilangan tempat... asyik menyiram jalan sahaja.. naik bil air.

anak bunuh ahli keluarga, jiran bunuh jiran tetangga... budak2 bawah umur meragut.. merogol.. buang bayi... pelbagai lagi paparan istimewa peminat berita bahagian jenayah.. bukan jenaka..

bil api naik, bil air naik.... sekarang ni... darah semua naik..

Allah campakkan nafsu di musim hujan... Allah campakkan nafsu di musim kemarau.. macam kisah Allah campakkan nafsu di tempat yang sejuk 100 tahun... di tempat yang panas 100 tahun... supaya nafsu tunduk.

Allah beri perumpamaan kemarau dengan menyiram air di jalan... sejukkan dengan coolent fan dan air cond adalah untuk hambanya berfikir.

Tandusnya maruah dan amalan mahmudah... bukan dikira merekah lagi... tapi retak seribu.. siramlah jiwa dengan iman... janalah iman dengan amal.... maka debu dosa pasti tak berterbangan melekat. pasti juga bil pahala naik berganda..

Ya Allah ku pohon perlindungan agar Kau peliharalah iman hambaMu ini. Amin!

Wednesday, January 6, 2010

kALimAt kErAmAt

assalamualaikum...
"Hei!! ALLAH itu tuhan kami... eksklusif hanya untuk orang Islam sahaja.." Umat Islam terkial-kial mempertahankan kalimat keramat ALLAH sebagai rabb kaum muslim. Namun masih ramai yang tidak menjaga kualiti ALLAH sebagai rabb dan kita sebagai hambanya. Walau pada zahir meluahkan rasa marah kepada pihak gereja menulis dalam buletin mereka ALLAH sebagai tuhan... Selama ini berapa peratuskah yang sebenarnya menjadi hamba ALLAH...? yang mengakui ke Agungan ALLAH.. ?yang mengiktiraf kewujudan ALLAH? yang mengikuti petunjuk ALLAH...? banyak petunjuk yang telah ALLAH beri kepada kita sebagai makhluknya seperti bala thunami, runtuhan-runtuhan bangunan, kiamatnya marikh... tetapi kita tidak warak dengan perjalanan hidup kita. tetapi kita tidak menginsafi kelakuan kita.... tetapi kita tidak menimbang perbuatan kita... tetapi kita melanggar peraturan kehidupan rabbani kita..
Maha suci Allah... ampunkanlah kelalaian kami selaku hamba yang tidak mengenang budi... selaku hamba yang tidak bersyukur... selaku hamba yang tergadai maruah agama sama ada secara sedar atau tidak... wallahu A'lam

Monday, December 28, 2009

sEcAwAn kOpi

assalamualaikum.. berbaloikah kita menuju akhirat sekiranya...:
  • memakai baju kelawar tanpa lengan menyidai baju di halaman rumah yang terbuka.
  • pintu rumah terdedah melihatkan kelibat anda memakai seluar pendek sedang membaca surat khabar.
  • mengeluarkan kepala anda disebalik tirai menyatakan suami tiada ketika tetamu datang.
  • melemparkan kata-kata kesat kepada seekor anjing kerana masuk ke rumah anda yang tidak bertutup daun pintunya.
  • bersalaman dengan yang bukan mahram di dalam sesebuah majlis.
  • bergelak tawa sesama kaum hawa di khalayak awam.
  • memakai tudung tetapi huruf "W" ada di punggung anda.
  • bersolek untuk suami ketika di supermarket..
  • menghalau anak jiran yang sedang bermain dengan anak kita.
  • tidak menjaga batas aurat sesama ipar duai.

Banyak lagi kalau nak dicatatkan di sini. Jelasnya di sini... manusia itu ada bermacam-macam jenis.

Pertama manusia jahil. Mereka langsung tidak tahu apa-apa tentang syariat Allah. Kebiasaannya mereka yang tinggal di hutan rimba, di tempat yang jauh kedengaran syariat Allah.Mereka di ibaratkan seperti orang yang membuat secawan kopi dengan serbuk arang...

Kedua manusia tahu tetapi buat-buat tak tahu. Mereka ini langsung tak suka berkaitan syariat Allah, tetapi suka menafikan. Kebiasaannya mereka yang jenis ini mudah terpengaruh dengan keseronokan dunia serta takutkan mati atau hilang kuasa dan pangkat, juga populariti. Mereka diibaratkan sebagai orang yang sengaja minum secawan kopi yang terdapat seekor cicak yang berenang di dalamnya. Wow! hebat...

Ketiga manusia tahu tetapi terlupa. Mereka tahu tetapi terlupa dan cuai. Kebiasaanya mereka jenis ini adalah pemalas, perlu ditegur dan diberi peringatan dari masa ke semasa. Mereka suka mengambil mudah setiap perkara. Mereka ini diibaratkan sebagai orang yang meletakkan secawan kopi dibawah lampu yang ada penghuninya cicak. bayangkan... mereka tahu ada cicak di bawah lampu... mereka juga tahu cicak boleh berak bila-bila masa tetapi terlupaaa!!!

Nah.. bagaimana yang tinggal di hutan batu, sebelah masjid.. kalau tak pun ada tv, radio dan macam-macam lagi alat pandang dengar yang membantu? kalau ada rancangan yang membantu pun tetapi hati tak terhibur katanya... best kalau ada nyanyi-nyanyi, cerita romantik, ganas, seram dan lain-lain lagi. Seperti si buta yang bertongkat. Mujur pandai guna tongkat untuk meraba-raba. Kalau tak pandai macam mana? Wallahu A'lam

Tuesday, December 22, 2009

sEcEkak rEbOnG

Anak pintar soleh menjadi idaman ibu bapa. tiada siapa ingin melihat anak-anaknya sebagai pencuri, pelacur, mat rempit, penzina dan lain-lain lagi. tetapi jika jiwa ibu bapa yang berkeinginan sifat mazmumah tersebut ada pada anak-anak mereka... wallahu A'lam. semoga ada hidayah iman ibu bapa seumpama ini.

Ibu bapa tidak boleh melarang anak-anaknya bermain terutama bersama rakan-rakannya. Tetapi mestilah memantau dengan siapa dia bermain dan apa keseronokan bermain mereka.

Di bawah ini saya cuba menjelaskan dua pokok utama pengetahuan ibu bapa terhadap anak-anak:

Pertama: alat permainan. pilihlah alat permainan yang tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya. contoh, bahan permainan yang diperbuat dari plastik murahan. Sudah tentu kandungan plumbumnya tinggi. kesannya... boleh menyebabkan anak anda mudah terkena kanser, pemarah dan sebagainya. (sila rujuk buku CAP)

Kedua: rakan-rakan. ibu bapa mesti tahu dengan siapa anak-anak kita bermain. sama ada namanya, keluarganya, fizikalnya dan sosialnya. Bersamalah dengan mereka seperti beramah mesra dan mendidiknya . Adakala ibu bapa berasa curiga dengan rakan anak-anak mereka. Tetapi ingatlah... Rasulullah amat menyayangi kanak-kanak. Usah di benci, di hina dan di cerca. Kita sebagai umat Muhammad hendaklah bersama-sama bertanggungjawab membentuk generasi pelapis yang menyebut nama Allah serta mengAgungkannya. Berikanlah pendidikan dan aktiviti bersama. Contoh, pukul 5.15pm mereka bermain. Pukul 6.15pm ajak mereka bercerita seperti kisah Rasulullah dan seumpamanya. pukul 6.30pm minta mereka bersiap sedia mandi, mengaji dan sebagainya. Mudah-mudahan disiplin seumpama ini, mereka akan terdidik dengan akhlak yang mulia. Siapa tahu... hasil didikan bersama ini maka tiadalah mat rempit, pembunting, peragut dan lain-lain lagi. Siapa tahu... hasil didikan ini, ada diantara mereka ialah pemimpin, wali, ulamak, usahawan berjaya, jutawan dan lain-lain lagi. Sekiranya kita ingin melihat anak kita berjaya, maka secekak rebong inilah sama-sama kita lenturkan agar matlamat anak pintar soleh menjadi kenyataan.

Raulullah SAW. penah bersabda maksudnya: "Antara sesama orang yang beriman adalah seperti satu bangunan yang antara satu sama lain saling menguatkan." (riwayat Bukhari dan Muslim)



Sunday, December 20, 2009

mUlUt hEmpEdU

assalamualaikum... berdengung kita mendengar mulut hempedu mengucapkan kata-kata keramatnya. seolah-olah macam budak tak sekolah.

dinukilkan contoh pertama"bertudung ni perlukan keikhlasan...komitmen yang tinggi... insya Allah kalau hati dah terbuka nanti... saya bertudung".

dinukilkan contoh kedua "aku berpakaian ketat dan tidak bertudung jangan kamu kata jahat. aku sembahyang tau".

dinukilkan contoh ketiga "aku keluar malam dengan pakwe aku... aku punya pasal... jgn ko sebut-sebut pasal hukum.. walau aku keluar dengan jantan pun aku sembahyang tau...!!! lain kali kalau nak sound berhikmahlah sedikit!!"

itulah antara contoh-contoh dari mulut manusia yang tak bergosok... hanyir pahitnyanya bagaikan hempedu. apakah layak makhluk seumpama ini menyebut perkataan ikhlas, aku sembahyang juga dan berhikmah sedikit??. maha suci Allah yang telah menjadikan al Quran sebagai petunjuk... maha suci Allah yang mengutuskan rasulNya. makhluk umpama ini bagaikan mencabar yang maha Pencipta... makhluk umpama ini bagaikan lebih tinggi pengetahuannya dari Allah yang maha Mengetahui... makhluk umpama ini seolah-olah penghasut kepada orang yang beriman agar terpesong akidah dan syariahnya.

maha suci Allah...benarlah maksud kata Rasulullah... wanita paling ramai dalam neraka. nabi tak tipu... maksud firman Allah"nabi tidak berkata-kata mengikut hawa nafsunya, apa yang dikatakan adalah sebahagian dari wahyu Allah". masya Allah... terbukti kebenaran kataMu ya Rasulullah.. inilah akibat tiada malu.. mereka bukan orang beriman.. bahkan sesat.. hambaMu bermohon agar ada ruang hidayah untuk orang seumpama ini.. hambaMu juga bermohon jangan Kau tarik hidayahMu terhadapku setelah kau berikannya kepada hambaMu yang faqir lagi haqir ini.

Friday, December 18, 2009

hidup bersauh

ilmu itu nur... nur itu cahaya... cahaya itu penyuluh... penyuluh menjadi petunjuk. jahil itu zalam... zalam itu gelap... gelap itu pembunuh... pembunuh itu binasa. tiada keberkatan mencari ilmu dengan kemaksiatan... umpama hidup tiada bersauh... tiada hentian... jika rosak terus karam...