Tuesday, December 22, 2009

sEcEkak rEbOnG

Anak pintar soleh menjadi idaman ibu bapa. tiada siapa ingin melihat anak-anaknya sebagai pencuri, pelacur, mat rempit, penzina dan lain-lain lagi. tetapi jika jiwa ibu bapa yang berkeinginan sifat mazmumah tersebut ada pada anak-anak mereka... wallahu A'lam. semoga ada hidayah iman ibu bapa seumpama ini.

Ibu bapa tidak boleh melarang anak-anaknya bermain terutama bersama rakan-rakannya. Tetapi mestilah memantau dengan siapa dia bermain dan apa keseronokan bermain mereka.

Di bawah ini saya cuba menjelaskan dua pokok utama pengetahuan ibu bapa terhadap anak-anak:

Pertama: alat permainan. pilihlah alat permainan yang tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya. contoh, bahan permainan yang diperbuat dari plastik murahan. Sudah tentu kandungan plumbumnya tinggi. kesannya... boleh menyebabkan anak anda mudah terkena kanser, pemarah dan sebagainya. (sila rujuk buku CAP)

Kedua: rakan-rakan. ibu bapa mesti tahu dengan siapa anak-anak kita bermain. sama ada namanya, keluarganya, fizikalnya dan sosialnya. Bersamalah dengan mereka seperti beramah mesra dan mendidiknya . Adakala ibu bapa berasa curiga dengan rakan anak-anak mereka. Tetapi ingatlah... Rasulullah amat menyayangi kanak-kanak. Usah di benci, di hina dan di cerca. Kita sebagai umat Muhammad hendaklah bersama-sama bertanggungjawab membentuk generasi pelapis yang menyebut nama Allah serta mengAgungkannya. Berikanlah pendidikan dan aktiviti bersama. Contoh, pukul 5.15pm mereka bermain. Pukul 6.15pm ajak mereka bercerita seperti kisah Rasulullah dan seumpamanya. pukul 6.30pm minta mereka bersiap sedia mandi, mengaji dan sebagainya. Mudah-mudahan disiplin seumpama ini, mereka akan terdidik dengan akhlak yang mulia. Siapa tahu... hasil didikan bersama ini maka tiadalah mat rempit, pembunting, peragut dan lain-lain lagi. Siapa tahu... hasil didikan ini, ada diantara mereka ialah pemimpin, wali, ulamak, usahawan berjaya, jutawan dan lain-lain lagi. Sekiranya kita ingin melihat anak kita berjaya, maka secekak rebong inilah sama-sama kita lenturkan agar matlamat anak pintar soleh menjadi kenyataan.

Raulullah SAW. penah bersabda maksudnya: "Antara sesama orang yang beriman adalah seperti satu bangunan yang antara satu sama lain saling menguatkan." (riwayat Bukhari dan Muslim)



1 comment:

  1. A. Uda, lets we write a book about "keibubapaan dari perspektif psikologi islam"

    ReplyDelete